Saturday, October 6, 2012

Hafiz Hamidun

Assalamualaikum & Hi :)

Alhamdulillah, hari ni rasa nak buat post kat blog walaupun sebenarnya berasa malas. okay hari topic kita ialah mengenai seorang jejaka yang macho yg terkenal dengan alunan zikirnya yang mantap iaitu Hafiz Hamidun. Semalam beliau telah datang ke UTP untuk program Kembara Sufi X - sebuah medium hiburan bercirikan Islam yang diadakan setiap tahun. Program tersebut juga disertai oleh Ustaz Don Daniyal Biyajid serta kumpulan nasyid Far East. Back to main topic, Hafiz Hamidun merupakan seorang composer, penyanyi dan juga pengacara. Lahir pada tahun 1984, Hafiz Hamidun telah mula bergiat dalam industri muzik sejak tahun 2003. Apabila beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di sinilah bakat beliau semakin digilap. Di UIAM lah beliau di disunting oleh Hijjaz Music Entertainment, sewaktu konsert Hijjaz & Inteam di Al-Malik Faisal Hall, UIAM Petaling Jaya. Setalah menamatkan kontrak dengan Hijjaz Music Entertainment pada awal 2006, beliau telah menubuhkan syarikat production sendiri iaitu ArtEffects Production.

Album Latest beliau iaitu Zikir Terapi Diri pada tahun 2011 telah terjual lebih dari 6000 copies.



P/S : kalau nak support Hafiz Hamidun belilah CD original :)

Jazkallah

No comments:

Post a Comment